Wednesday, October 21, 2009

SALAH SIAPA?

Al kisah pada suatu hari terdengar suara ramai sedang membaca al quran di salah sebuah kelas. Memang terasa sungguh tenang dan segar mendengarkan alunan ayat2 suci al Quran berkumandang. Bila diamat-amati mereka sedang membacakan surah yasin.. alhamdulillah, agaknya persediaan untuk peperiksaan PMR yang akan berlangsung tidak lama lagi. Memang jarang sekali terdengar alunan ayat al quran yang dibacakan oleh pelajar.
Tiba-tiba seorang rakan mengatakan "baguslah, ada mengaji-mengaji sekarang ni..."
" Kalau time saya belajar di sini dulu memang susah bebenor nak mengaji Quran... boleh dikatakan zaman sekolah menengah dulu memang takde baca-baca Quran... "
"Baca Quran dulu cuma kat sekolah rendah agama je...hehhehe, kat rumah pun tak baca Quran gak..."
........................
Tersentak dengan kenyataan seorang rakan ku itu...

Suatu hari dapat relief satu kelas ni... ustazah kelas berkenaan sedang cuti bersalin. Terasa ingin menguji bacaan al quran mereka. Masya Allah.. memang sedih, dalam kelas yang seramai 20 orang itu, cuma dua orang sahaja yang boleh membaca dengan lancar. Yang lain...ramai yang tidak boleh membaca....
Uji pula niat solat...baru suruh baca niat sembahyang... dah tunggang terbalik.
.............................

Memang semakin jauh nilai rohani dalam jiwa anak-anak zaman sekarang. Satu fenomena yang amat menyedihkan dan menggerunkan. Agaknya kalau di tanya kenapa anda menganut agama Islam.. tiada jawapan yang diberikan.
AlQuran langsung tidak mendapat tempat dalam hati anak-anak ini, memang benarlah agaknya hanya setakat belajar di sekolah rendah dulu dan telah lama ditinggalkan kini. Dirumah, agaknya ada disimpan walau senaskhah?
Umat Islam kini agaknya terlupa nilai Al Quran, betapa tinggi Mukjizatnya, betapa mulia kedudukan al Quran yang patut diletakkan dalam diri kita. Sedang memandang ayat-ayatnya sahaja sudah mendapat pahala apatah lagi membaca dan memahaminya..
Mungkin dengan mukjizat alQuran akan melembutkan hati yang keras, menenang hati dan gundah, menerang hati yang gelap, mengubat hati yang sakit dan mungkin banyak lagi keajaiban yang tak dapat disingkap oleh pancaindera yang lima..

No comments: