Saturday, February 6, 2010

GURU…apa ertinya?

Suatu hari aku menerima sms dari seorang kawan..sekali baca tergelak juga..dua tiga kali fikir diriku sedikit termangu..sms tersebut begini bunyinya…

GURU…apa ertinya?
Mungkin macam iklan ALI CAFÉ; “ Guru sejati sentiasa dihati?” atau macam iklan LOREAL : “ kerana dirimu begitu berharga!” Tapi emak saya cakap guru tu bahaya macam iklan ASTRO ;” Macam-macam Ada!” adala pula berkata..Apa-apapun tak kisah, bagi saya Guru tu macam FAIR and LOVELY:” tiap hari sayang…!”

Kebelakangan ini , memang terdapat macam-macam cerita yang kedengaran tentang guru, mahu yang baik atau yang negative. Pelbagai tanggapan yang diberi dan dilempar kepada para guru-guru menjadikan masyarakat memandan sinis kepada kerjaya para pendidik.
Islam memartabatkan kedudukan para guru ditempat yang tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Alangkah hina darjat seorang manusia disamakan dengan haiwan, walhal dikata sebagai binatang pun seseorang itu pasti akan melenting. Oleh kerana itu Islam sangat mengambil berat tentang guru.
Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya.
Maka gurulah yang akan memartabatkan sendiri kedudukan para guru dalam masyarakat. Guru bukanlah kerjaya ‘second class’

Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:

1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).
2- Lambat marah.
3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.
5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.
6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.
7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.
8- Membimbing murid yang bebal.
9- Tidak memarahi murid yang bodoh.
10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).
11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.
12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.
14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.
15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.
16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.
17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).

Pahit manis guru dalam menghadapi pelajar hari ini akan tercatat dalam diari semua para guru. Tapi percayalah, tiada seorang guru pun yang mengajar pelajarnya untuk gagal, bahkan para guru akan tersenyum bangga dengan setiap kejayaan pelajar-pelajarnya.