Tuesday, November 4, 2008


LAMBAIAN KAABAH UNTUK BAKAL HAJI


Bula Syawal telah ditinggalkan, dengan jadual 'open house' di sana sini. Mengah juga untuk mengisi perut yang telah dilatih lapar sebulan pada ramdhan yang lalu. Tapi alhamdulillah sempat juga menyudahkan amalan dituntut berpuasa 6. Sekurang2nya ada harinya untuk merehatkan sistem penghadaman badan ini.

Kini, Aidil Adha mula menjengah. Jemputan haji untuk para jemaah Malaysia telah mula berangkat 30 okt yang lalu. Saya juga terasa bahang Haji ini, apa takknye.. cuti ni menjaga anak sedara kerana abang n kakak (ipar) akan berangkat untuk menunaikan ibadah haji pada 16 November ini. Takpelah... belum ada rezeki nak pergi menadap Baitullah, dapat berkhidmat untuk para haji kira okla...

27 November, ibunda tercinta bersama abang n kakak pula akan berangkat pergi. Ternampak wajah ceria, gembira ibu dibawa anak lelaki untuk memnunaikan haji bersama. Moga haji mereka akan diterima oleh Allah.Dan moga selamat pergi dan kembali.

Tidak lupa kepada bakal haji warga SMKTPG, cikgu Noraidar dan C. Salina, selamat menunaikan haji.


2 comments:

Khai2020 said...

Salam.. Selamat Berblog. Saya baru dapat tahu blog cikgu. Harap2 dpt la jenguk blog saya....

D. said...

InsyaAllah akan samapai masanya ke Baitullah tu... seruan tidak lama akan sampai.. tp memg seronok dapat pergi sana.. suatu ketenangan yang tidak dapat digambarkan dgn kata2.