Thursday, October 16, 2008


Assalamualaikum wr wbh


Salam Aidilifitri


Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua pengunjung blog ini. Semoga segala amalan kita semua diterima oleh Allah swt. Amin!

Sebagaimana lebaran yang lalu, masih sama dirayakan bagi lebaran tahun ini. Ramadhan yang telah ditinggalkan diharapkan dapat membuka satu lembaran baru dalam menjalani liku-liku kehidupan ini sebagai hamba Allah. Semakin payah terasa dalam mengharungi cabaran kehidupan ini: membina sebuah istana mawaddah wa rahmah ,cabaran mendidik anak-anak yang semakin membesar dan cabaran anak-anak didik di dunia global ini.


Moga kita mengambil iktibar bersempena Aidilfitri ini, agar kita kita dapat kembali kepada fitrah manusia yang sebenar.

2 comments:

Lacosa said...

agak terlambat mengucapkan selamat raya.. xpi xpelah kan..

fauziah laili binti Masri said...

salam aidilfitri 2014