Thursday, April 1, 2010

SAYANGI DIRI MU..

Mengambil kata2 dari seorang DJ radio...sayangi dirimu..dirimu itu termasuklah diriku. Tidak terkecuali walau seorang pun.

Sebelum nur terpadam dalam diri..
sebelum pintu hati tertutup dari cahaya kebenaran..
sebelum malaikat maut menjemput untuk pulang...
Taubat..
tanda kehambaan seorang hamba kepada Penciptanya

Seorang mukmin yang kuat imannya akan merasakan dosa yang dilakukan walau tidak sengaja seperti ada seketul batu besar yang menghempapnya, namun seorang mukin yang nipis imannya akan merasakan dosa yang dilakukan seperti menghalau lalat dari tubuhnya. Memang senang menghalau lalat itu namun sebentar sahaja dianya akan hinggap lagi ketubuhnya.

Ingatlah walau dosa kecil yang kita lakukan jika dilakukan berulang2 kali akan menjadi dosa besar. Apatah lagi dosa-dosa besar yang jelas dilarang agama.

Sentiasalah bertaubat sama ada secara sengaja atau pun tidak. Di sini kutitipkan antara tips2 bertaubat(drp laman web seorang sahabat).

1) Bertaubat yang timbul dari ilmu dan kesedaran Islam dan bukan kerana desakan luaran. Jika belum ketemui ilmu itu, cari dan bacalah sedalamnya agar taubat ini lahir dari ilmu dan iman bukannya yang lain.

Imam Al Bukhari menyebut tentang keperluan sesuatu amal dan ibadah termasuklah taubat yang diakari oleh ilmu di dalam shahihnya hingga dibuat satu bab khas bertajuk : bab: "Ilmu sebelum beramal". Beliau menyebut firman Allah SWT berikut sebagai dalil keperluan ini:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

Ertinya : Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu (Muhammad: 19)

Jelas disebut di dalam ayat berkenaan didahulukan perintah untuk berilmu dari perintah untuk beristighfar dan taubat.

Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya "Risalah Qusyairiah": taubat yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan: "penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim". (Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam'an). Dan dalam hadith:

Ertinya : "Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh tubuh, ketahuilah itulah hati". (Hadits muttafaq alaih dari Nu'man bin Basyir).

Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam taubat. (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)



2) Bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkan dosa yang telah terlanjur itu. Firman Allah :-

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya : Katakanlah: ""Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)

3) Segera menangisi dosa dosa dengan benar-benar keinsafan. Anda perlu menitiskan air mata untuk ini, air mata insaf dan bukan dibuat-buat.

4) Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Meninggalkan segala perbuatan buruk yang pernah dilakukan.

Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : Yang terpenting dalam masalah azam dan tekad ini adalah agar azam itu kuat dan betul-betul, saat bertaubat. Dengan tanpa disertai oleh keraguan atau kerinduan untuk kembali melakukan kemaksiatan, atau juga berpikir untuk mengerjakannya kembali. Taubat itu tidak batal jika suatu saat tekadnya itu sedikit melemah kemudian ia terlena oleh dirinya, tertipu oleh syaitan sehingga ia terlanjur, dan kembali melakukan kemaksiatan. (At-Taubatu Ilallah, Al-Qaradawi )

Imam Ibnu Katsir berkata: "Sedangkan jika ia bertekad untuk bertaubat dan memegang teguh tekadnya, maka itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya pada masa lalu. Seperti terdapat dalam hadits sahih "Islam menghapuskan apa yang sebelumnya, dan taubat menghapuskan dosa yang sebelumnya".

5) Wajib menjauhkan diri dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah dosa tadi.

6) Berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah). Firman Allah SWT ertinya :

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً

Ertinya : "Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)

7) Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah :

إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَـئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيم

Ertinya : " Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang" ( Al-Furqaan : 70 ).

Justeru, banyakkan bersedeqah, mengajar orang lain dan membuat kerja2 amal. Berbekalkan pahala kebaikan ini diharap ianya dapat menutup dan memadamkan dosa dosa kita.

...............

Perjalanan kita masih jauh sebelum sampai ke destinasi terakhir kita.
Moga tercatat takdir di akhir perjalanan kita nanti kesudahan yang baik dan mendapat kejayaan yang besar. Amin!

Saturday, February 6, 2010

GURU…apa ertinya?

Suatu hari aku menerima sms dari seorang kawan..sekali baca tergelak juga..dua tiga kali fikir diriku sedikit termangu..sms tersebut begini bunyinya…

GURU…apa ertinya?
Mungkin macam iklan ALI CAFÉ; “ Guru sejati sentiasa dihati?” atau macam iklan LOREAL : “ kerana dirimu begitu berharga!” Tapi emak saya cakap guru tu bahaya macam iklan ASTRO ;” Macam-macam Ada!” adala pula berkata..Apa-apapun tak kisah, bagi saya Guru tu macam FAIR and LOVELY:” tiap hari sayang…!”

Kebelakangan ini , memang terdapat macam-macam cerita yang kedengaran tentang guru, mahu yang baik atau yang negative. Pelbagai tanggapan yang diberi dan dilempar kepada para guru-guru menjadikan masyarakat memandan sinis kepada kerjaya para pendidik.
Islam memartabatkan kedudukan para guru ditempat yang tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Alangkah hina darjat seorang manusia disamakan dengan haiwan, walhal dikata sebagai binatang pun seseorang itu pasti akan melenting. Oleh kerana itu Islam sangat mengambil berat tentang guru.
Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya.
Maka gurulah yang akan memartabatkan sendiri kedudukan para guru dalam masyarakat. Guru bukanlah kerjaya ‘second class’

Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:

1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).
2- Lambat marah.
3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.
5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.
6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.
7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.
8- Membimbing murid yang bebal.
9- Tidak memarahi murid yang bodoh.
10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).
11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.
12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.
14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.
15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.
16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.
17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).

Pahit manis guru dalam menghadapi pelajar hari ini akan tercatat dalam diari semua para guru. Tapi percayalah, tiada seorang guru pun yang mengajar pelajarnya untuk gagal, bahkan para guru akan tersenyum bangga dengan setiap kejayaan pelajar-pelajarnya.

Wednesday, October 21, 2009

SALAH SIAPA?

Al kisah pada suatu hari terdengar suara ramai sedang membaca al quran di salah sebuah kelas. Memang terasa sungguh tenang dan segar mendengarkan alunan ayat2 suci al Quran berkumandang. Bila diamat-amati mereka sedang membacakan surah yasin.. alhamdulillah, agaknya persediaan untuk peperiksaan PMR yang akan berlangsung tidak lama lagi. Memang jarang sekali terdengar alunan ayat al quran yang dibacakan oleh pelajar.
Tiba-tiba seorang rakan mengatakan "baguslah, ada mengaji-mengaji sekarang ni..."
" Kalau time saya belajar di sini dulu memang susah bebenor nak mengaji Quran... boleh dikatakan zaman sekolah menengah dulu memang takde baca-baca Quran... "
"Baca Quran dulu cuma kat sekolah rendah agama je...hehhehe, kat rumah pun tak baca Quran gak..."
........................
Tersentak dengan kenyataan seorang rakan ku itu...

Suatu hari dapat relief satu kelas ni... ustazah kelas berkenaan sedang cuti bersalin. Terasa ingin menguji bacaan al quran mereka. Masya Allah.. memang sedih, dalam kelas yang seramai 20 orang itu, cuma dua orang sahaja yang boleh membaca dengan lancar. Yang lain...ramai yang tidak boleh membaca....
Uji pula niat solat...baru suruh baca niat sembahyang... dah tunggang terbalik.
.............................

Memang semakin jauh nilai rohani dalam jiwa anak-anak zaman sekarang. Satu fenomena yang amat menyedihkan dan menggerunkan. Agaknya kalau di tanya kenapa anda menganut agama Islam.. tiada jawapan yang diberikan.
AlQuran langsung tidak mendapat tempat dalam hati anak-anak ini, memang benarlah agaknya hanya setakat belajar di sekolah rendah dulu dan telah lama ditinggalkan kini. Dirumah, agaknya ada disimpan walau senaskhah?
Umat Islam kini agaknya terlupa nilai Al Quran, betapa tinggi Mukjizatnya, betapa mulia kedudukan al Quran yang patut diletakkan dalam diri kita. Sedang memandang ayat-ayatnya sahaja sudah mendapat pahala apatah lagi membaca dan memahaminya..
Mungkin dengan mukjizat alQuran akan melembutkan hati yang keras, menenang hati dan gundah, menerang hati yang gelap, mengubat hati yang sakit dan mungkin banyak lagi keajaiban yang tak dapat disingkap oleh pancaindera yang lima..

IKTIBAR DARI PADANG

Pengajaran daripada gempa bumi yang berlaku di Padang pada pukul 6:16 p.m (atau 17:16) waktu tempatan Indonesia Rabu lalu.

Di dalam surah 17:16 (surah Al - Isra' juzuk ke 17, ayat ke 16) Allah memberi peringatan kepada manusia.

Maksudnya:

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."
QS. al-Isra' (17) : 16

Daripada idea yang sama, cuba pula kita lihat kepada ayat-ayat berikut berdasarkan berita yang terkandung di dalam Berita Harian hari ini (5 Okt 2009) :

====
KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi kuat dikesan berlaku di Mindanao, Filipina, pada jam 6.58 petang dan 7.04 petang tadi, masing-masing berukuran 6.5 dan 5.8 pada skala Richter.
====

Ternyata Surah 18:58 juga mengandungi peringatan untuk kita.

"Dan Tuhanmulah yang Maha Pengampun lagi mempunyai rahmat. Jika Dia mengazab mereka karena perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan azab bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada waktu yang tertentu (untuk mendapat azab) yang mereka sekali-kali tidak akan menemukan tempat berlindung daripadanya."
QS. al-Kahfi (18) : 58

Seterusnya walaupun surah 19:04 tidak begitu relevan, tetapi surah 7:04 pula relevan.

"Betapa banyaknya negeri yang telah Kami binasakan, maka datanglah siksaan Kami (menimpa penduduk)nya di waktu mereka berada di malam hari, atau di waktu mereka beristirahat di tengah hari."
QS. al-A'raf (7) : 4

Sesungguhnya benar lah Al Quran diturunkan untuk peringatan sepanjang zaman dan selalunya sejarah yang disebut di dalam Al-Quran itu sering berulang.

"Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang di masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang bertakwa."
QS. al-Baqarah (2) : 66

Moga kita tergolong di kalangan hambaNya yang taat dan bertaqwa seterusnya terlepas dari azab siksaNya, di dunia dan akhirat. Amiiin

Thursday, July 23, 2009

Quran Saintifik: Buku yg mesti dimiliki oleh guru2 sains


Menakjubkan! Kupasan Dr Danial di dalam bukunya Quran saintifik pasti mengkagumkan. Ia menjunjung tinggi betapa Bijaksana Allah yg Maha Mencipta. Saya rasa buku ini amat sesuai bagi guru2 sains khususnya menintegrasikan fakta sains dan Quran dlm pembelajaran n pengajaran.
Teringat kata ulama
"Sesiapa yg mengenal ciptaanNya pasti akan mengenal Tuhan nya

“Mengkagumkan! Buku ini mengupas secara komprehensif bukti-bukti sains yang membenarkan kandungan Quran dan mampu meningkatkan lagi keimanan seseorang apabila membaca dan memahaminya…”

“Pelbagai aspek seperti penciptaan alam, kejadian manusia, pemakanan, matlamat hidup dan sebagainya diolah dengan begitu menarik sekali. Ia adalah buku yang mesti berada dalam simpanan kita dan boleh dijadikan hujah bagi menegakkan kebenaran berdasarkan fakta dan wahyu. Syabas!”

Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D

Tuesday, November 4, 2008


LAMBAIAN KAABAH UNTUK BAKAL HAJI


Bula Syawal telah ditinggalkan, dengan jadual 'open house' di sana sini. Mengah juga untuk mengisi perut yang telah dilatih lapar sebulan pada ramdhan yang lalu. Tapi alhamdulillah sempat juga menyudahkan amalan dituntut berpuasa 6. Sekurang2nya ada harinya untuk merehatkan sistem penghadaman badan ini.

Kini, Aidil Adha mula menjengah. Jemputan haji untuk para jemaah Malaysia telah mula berangkat 30 okt yang lalu. Saya juga terasa bahang Haji ini, apa takknye.. cuti ni menjaga anak sedara kerana abang n kakak (ipar) akan berangkat untuk menunaikan ibadah haji pada 16 November ini. Takpelah... belum ada rezeki nak pergi menadap Baitullah, dapat berkhidmat untuk para haji kira okla...

27 November, ibunda tercinta bersama abang n kakak pula akan berangkat pergi. Ternampak wajah ceria, gembira ibu dibawa anak lelaki untuk memnunaikan haji bersama. Moga haji mereka akan diterima oleh Allah.Dan moga selamat pergi dan kembali.

Tidak lupa kepada bakal haji warga SMKTPG, cikgu Noraidar dan C. Salina, selamat menunaikan haji.


Thursday, October 16, 2008


Assalamualaikum wr wbh


Salam Aidilifitri


Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua pengunjung blog ini. Semoga segala amalan kita semua diterima oleh Allah swt. Amin!

Sebagaimana lebaran yang lalu, masih sama dirayakan bagi lebaran tahun ini. Ramadhan yang telah ditinggalkan diharapkan dapat membuka satu lembaran baru dalam menjalani liku-liku kehidupan ini sebagai hamba Allah. Semakin payah terasa dalam mengharungi cabaran kehidupan ini: membina sebuah istana mawaddah wa rahmah ,cabaran mendidik anak-anak yang semakin membesar dan cabaran anak-anak didik di dunia global ini.


Moga kita mengambil iktibar bersempena Aidilfitri ini, agar kita kita dapat kembali kepada fitrah manusia yang sebenar.